[INFO KASMA 2016: MAJLIS PENUTUP KASMA 2016] Assalamualaikum w.b.t Telah berlangsung dengan gilang-gemilang Majlis Penutup Karnival Sukan Dan Kebudayaan Mahasiswa Malaysia Antarabangsa (KASMA) 2016 pada Sabtu(24 Disember 2016), bertempat di Dewan Auditorium Ali Hasyimy UIN Ar-Raniry yang bertemakan Melayu Klasik Era 50-an. Jutaan terima kasih ditujukan kepada Bpk. Yth. Prof. Dr. H. Syamsul Rijal Sys, Wakil Rektor III, UIN Ar-Raniry, atas kesudiannya hadir sebagai tetamu VIP dan berkenan untuk merasmikan majlis ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dalam pelbagai acara yang dipertandingkan, juga kepada semua penerima anugerah khas yang berprestij pada KASMA kali ini. Dan kepada yang tidak bernasib baik, juga diucapkan tahniah selayaknya kerana anda telah berusaha sehabis baik dan inilah nilai sportiviti yang tinggi dan sangat terpuji. Namun, apa yang lebih utama adalah kesatuan dan ukhwah antara sesama ahli PKPMI-CA dapat dieratkan, juga jaringan kemahasiswaan antarabangsa bersama sahabat-sahabat dari DEMA UIN Ar-Raniry dan PMIPTI(Anak Pattani) telah terbina. Jadi, inilah yang menjadi fokus utama kita pada penganjuran KASMA kali ini, sepertimana ketetapan tagline KASMA 2016 sendiri, "Inilah Pertempuran Sebenar Untuk Bersatu". Di kesempatan ini juga, kami dari pihak Penggerak KASMA 2016, ingin memohon maaf sekiranya disepanjang penganjuran KASMA kali ini, terdapat sebarang kekurangan dan kecacatan, kami telah berusaha semaksimum mungkin untuk menjayakan dan menjadikan KASMA 2016 adalah yang terbaik, namun kami juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Terakhir, marilah kita teruskan semangat kesatuan dan kesukanan ini, agar sukan PKPMI-CA lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kita jumpa pada KASMA akan datang! Salam Hormat. Salam Persaudaraan. "Sukan Didahulukan, Syariat Diutamakan" "Menjana Mahasiswa Kelas Pertama" #pkpmica #kasma2016 #transformerautobots #therealbattleshiptounite #majlispenutupkasma2016 #temamelayuklasikera50-an Biro Sukan Dan Kebudayaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Aceh Sesi 2016/17
0 Comment Download

People Also Viewed

Don’t brag about it, come show me 😜🐝💛

Happy #15august 2018 💙 #greece🇬🇷 #summervibes #ipopgr #fosgreece #sailing #vitaminsea #islandstyle #islandvibes #islandlife🌴

Alhamdulillah 🙏 19 y.o 🙌

好喜歡這裡⛱️ 幸福的感覺真好🌼🌼🌼

ช้อบชอบลุคคุณหนู💘

Users who like this media